SEJARAH
ILMU PERSILATAN PENDEKAR & HULUBALANG MELAYU
Tanah bertuah Nusantara ini
banyak melahirkan pendekar-pendekar dan srikandi yang terbilang di antaranya
Dato’ Laksamana Hang Tuah lima
bersaudara, Dato Laksamana Bentan Megat Seri Rama, Panglima Hitam, Dato’
Bahaman, Dato’ Mat Kilau, Dato’ Siamang Gagap, Tun Fatimah, Cik Siti Wan
Kembang dan banyak lagi nama-nama yang tersohor.
Mereka ini menari irama seni
pencak daripada berbagai aliran silat yang dilahirkan atau diilhamkan oleh
guru-guru yang berilmu tinggi.
Kedatangan sekumpulan pendakwah
Para Aulia’ dan Wali yang berketurunan Rasullulah S.A.W dari titian Syaidina
Hussein Ibni Syaidina Ali Ibni Abi Talib pada abad ke 14 Masehi.
Setelah misi dakwah mereka di Deccan Selatan India selesai dan seterusnya mereka
berlayar membawa syair Islam di seluruh pelusuk Asia Tenggara khususnya Alam
Melayu Nusantara, yang pada ketika itu menganut Agama Hindu dan Buddha serta Kepercayaan
Nenek Moyang.
Maka bermulalah satu misi
memperkenalkan Agama Islam keseluruhannya termasuklah langkah serta gerak tari
seni mempertahkan diri yaitu ilmu-ilmu perang yang selepas itu dikenali sebagai
Silat, ditambahkan pula pengisian rohani Islam yang dikenali sebagai Seni
Kebatinan Islam, melalui kekuatan Zikirullah dan Ayat-ayat suci Al-Quran.
Mereka ini dikenali dengan
gelaran Wali Tujuh.
1. YM SAIYID HUSSEIN JAMADIL KUBRO IBNI SHEIKH AHMAD
JALAL TITIAN DARIPADA SYAIDINA HUSSEIN IBNI SYAIDINA ALI IBNI ABI TALIB ATAU MAULANA HUSSEIN.
2. YM SYEIKH THANA’UDDIN IBNI SHEIKH AHMAD JALAL ATAU
ABDUL KARIM AS SAMAN AL-MADANI ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI ADI PUTRA.
3. SYEIKH ZAINUDIN AL-KHATIB TUAN JANA KHATIB ATAU
SINGAPURA DILANGGAR TODAK.
4. SAIYID BARAQAT ZAINOL ALAM –MENUJU KE BRUNEI DAN
MENJADI SULAN BRUNAI DENGAN GELARAN SULTAN BARAQHAT.
5. SYARIF MUHAMMAD KEBUNGSUAN-MENUJU KE KEPULAUAN
SULUWESI DAN PEMERINTAH DI MINDANAO FILIPINA DAN SULUWAESI.
6. TUAN SYARIF
AULIA ATAU SYEIKH ABDUL KARIM AL-MAKDUM-MENJADI ULAMA BESAR MELAKA DI MAKAMKAN
DI PANGKALAN KEMPAS PORT DICKSON.
7. ARWAHI GHOIBIYAH.
Kumpulan Jemaah Aulia’ dan Wali
Allah tersebut diketuai oleh YM SAIYID HUSSEIN
JAMADIL KUBRO IBNI SHEIKH AHMAD JALAL TITIAN DARIPADA SYAIDINA HUSSEIN IBNI
SYAIDINA ALI IBNI ABI TALIB ATAU MAULANA
HUSSEIN .
Setelah beberapa lama dalam
pelayaran, mereka tiba di Pasai. Dari
situ mereka berpisah dan meneruskan hala tuju misi dakwah ke Melaka, Tumasek
(Singapura), Tanah Jawa, Aceh Sumatera Utara, Sulawesi, Mindanao, Kalimantan,Kelantan,Pattani,
Kemboja, Champa.
Salah seorang daripada rombongan
tersebut, bernama Sheikh Zainuddin Al-Khatib (Tuan Jana Khatib) dari Pasai
meneruskan misi dakwahnya ke Tumasek (Singapura). Raja Tumasek pada ketika itu bernama Paduka
Seri Maharaja. Pada suatu hari
Permaisuri Baginda telah kagum mendengar kekeramahan Tuan Jana Khatib dan
menitahkan beliau menunjukkan kebolehan.
Tuan Jana Khatib menyatakan bahawa dengan kudrah Illahi segalanya boleh
terjadi (Kun Faya Kun). Tuan Jana Khatib
telah merenung pada sebatang pohon pinang dan dengan kekeramahan beliau dari
hujung hingga ke pangkal pohon pinang tersebut terbelah dua. Bila ini terjadi Raja Tumasek telah dihasut
oleh Pembesar Istana yang menyakinkan bahawa takhta Raja boleh dirampas semudah
peristiwa pohon pinang. Raja Tumasek
menitahkan agar Tuan Jana Khatib dihukum bunuh.
Sebelum kemangkatan, beliau melafazkan ‘Tanah Tumasek akan musnah dan
tidak akan ada Raja Melayu memerintah’.
Sehari selepas kemangkatan Tuan Jana Khatib satu peristiwa yang tercatat
di dalam sejarah iaitu seluruh pantai Tumasek dilanggar oleh ikan Todak
sehingga beberapa minggu yang menyebabkan ramai rakyat Tumasek terutama Armada
Laut Tumasek yang terkorban, ini menyebabkan Raja Tumasek gering dan
berdukacita. 40 hari selepas Tumasek
dilanggar Todak, Armada Majapahit menyerang sehingga Pulau Tumasek menjadi
‘Padang Jarak Padang Tekukur’. Seperti
sumpah Wali Allah, Tumasek atau Singapura tidak lagi diperintah oleh Melayu
hingga kini.
Manakala yang lain meneruskan
misi dakwah ke beberapa negeri di Nusantara.
Sayed Husein Jamadil Kubra bersama adiknya iaitu Sayed Thana’uddin atau
gelarannya Sheikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani ke Kelantan. Setelah disambut meriah oleh Raja Kelantan
dan memperkenankan untuk menempatkan beliau dua beradik tinggal di perkarangan
Istana, tetapi mereka lebih selesa berdakwah serta berkhalwat
(bersunyi-sunyian) di dalam Gua Puncak Bukit Panau sambil menyebarkan Islam dan
berdakwah.
Sayed Thana’uddin atau Sheikh
Abdul Karim As-Saman Al-Madani berulang alik dari Bukit Panau ke Pulau Besar
Melaka dan Gunung Ledang berkhalwat serta berdakwah, mengajar ilmu hikmah dan
kebatinan Islam. Beliau juga dikenali
sebagai Tuan Syarif Aulia atau Sang Adiputra yang menjadi guru kepada Laksamana
Hang Tuah lima saudara
di Gunung Ledang. Manakala di Pulau
Besar Melaka beliau menjadi guru kepada Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan
Kalijaga, yang kemudiannya dikenali sebagai Wali Sembilan di Tanah Jawa. Manakala murid beliau Sheikh Sutabris juga
menjadi Wali dan Pendakwah terkenal.
Sheikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani mangkat ketika berumur 120 tahun.
Jenazah beliau disemadikan / dimakamkan di puncak Bukit Panau, Kelantan dan ada
juga mendakwa jenazah beliau dimakamkan di Pulau Besar Melaka.
Pulau Upih adalah sebuah pulau
yang kecil di pesisiran pantai Melaka.
Di situ juga ada penempatan pondok perguruan dan pusat dakwah yang
terkenal di seluruh Nusantara, di bawah bimbingan Sheikh Awlul Islam atau
Maulana Isyak ayahanda kepada Sunan Giri.
Beliau juga menjadi guru kepada Wali – Wali Sembilan di Tanah Jawa, Sumatera,
Semenanjung Tanah Melayu, Acheh, Champa, Pattani. Pesantren ini banyak mengeluarkan ulama serta
para Wali – Wali Allah yang terkenal yang menyinarkan cahaya Islam di seluruh
alam Melayu.
No comments:
Post a Comment