Langkah Seri
BUNGA PERSEMBAHAN
HARIMAU LAKSAMANA
1. Berdiri dalam
keadaan berbaris, sambil berpakaian lengkap Hulubalang.
2. a. Sembah hormat pembuka tirai -iaitu menyusun
kedua tangan merapat sembah di bawah dagu sambil tunduk hormat kepada Guru Utama.
b. Salam Pembuka Langkah - tanpa Guru Utama
hadir - iaitu menyusun kedua tangan merapat sembah disebelah kanan hadapan bahu
.
3. Berkekuda sambil kedua tangan menepuk
kedua-dua peha lalu tangan kiri di bawah tangan kanan ke sisi kiri sedikit dengan
keadaan seakan-akan menolak ke hadapan.
4. Tangan kanan menyabit ke kanan lurus tinggi
sedikit dengan kedudukan tapak tangan kanan menghadap ke depan, tangan kiri separuh
bulatan dari bawah ke dada lalu ditolak menghampiri tangan kanan.
5. Tangan kanan
mengenggam penumbuk lalu dibawa ke sisi pinggang. Tangan kiri lurus ke kanan
dengan kedudukan tapak tangan menghadap ke kanan.Tangan kiri half moon ke kiri
lalu dengan pantas tangan kanan menumbuk ke kiri beserta bunyi kemudian tangan
kanan sedia penumbuk disisi pinggang kanan, tangan kiri masih di sisi kiri
berkeadaan tangan lurus. Tangan kanan buat 1/2 pusingan bunga di
sisi kanan lalu tangan kanan dibawa kesisi tangan kiri kemudian tapak tangan
kanan seakan menghadap ke depan / ke kiri sambil bergetar sikit.
6. Tangan kiri lurus
tinggi di kiri, tangan kanan di bawa ke sisi badan kanan dengan kedudukan tapak
tangan kanan menghadap ke atas.
7. Tangan kiri separuh bulatan ke kanan
diikuti tangan kanan menyambut seolah berdoa di sisi tangan kiri lalu kedua
tangan seolah menolak ke kiri dengan kedudukan tangan kiri lurus di kiri tangan
kanan di dada.
8. Tangan kiri separuh bulatan ke kanan, satu
pusingan bunga kedua tangan di sisi kanan, kaki kanan diangkat serentak dengan
tangan kanan (tapak tangan ke atas) bengkok ke depan menghampiri peha dan
tangan kiri lurus di kiri.
9. Kaki kanan di bawa ke belakang, tangan kiri ke hadapan lurus 45o, tangan kanan di sisi badan kanan.
10. Tangan kiri masih berkedudukan seperti di atas, tangan kanan
buat hampir separuh bulatan di sisi kanan lalu dibawa ke sisi tangan kiri dan
tapak tangan kanan seakan menghadap ke depan sambil bergetar. Kemudian kaki
kanan melangkah ke kanan diikuti tangan kanan seakan bentuk ‘L’ dengan
kedudukan tapak tangan kanan ke bawah diantara dagu dan leher, tangan kiri
menggenggam penumbuk disisi pinggang kiri.
11. Berdiri dengan keadaan kaki kanan seperti kaki kucing, tangan kedua-dua lurus cekak helang.
12. Kaki kanan diturunkan di sisi kanan lalu satu
pusingan bunga lalu tangan kanan dibengkok sedikit di sisi kanan (tapak tangan
menghadap ke depan), tangan kiri bersedia di sisi badan kiri.
13. Tangan kanan buat separuh bulatan lalu tapak
tangan kanan seakan menghadap ajah seketika lalu tapak tangan dibawa menghadap
kehadapan. Kaki kiri diangkat sambil kedua tangan buat sepusingan bunga lalu
kaki kiri diturunkan tangan kiri bengkok sedikit dibawa ke sisi kiri tapak
tangan menghadap depan, tangan kanan menggenggam penumbuk disisi kanan.
14. Tangan
kanan menumbuk ke sisi kiri beserta bunyi lalu kedua tangan seperti keadaan
sebelum tumbukan. Tangan kanan buat hampir separuh bulatan di sisi kanan lalu dibawa
kesisi tangan kiri dan tapak tangan kanan seakan menghadap ke depan/kiri sambil
bergetar, tangan kanan dibawa kesisi kanan lalu terus duduk dengan keadaan
tumit kaki kanan menampung peha @ punggung kaki kanan, kaki kiri seakan bengkok
sedikit.
15. Kedua tangan seperti
berdoa diangkat ke atas lalu tangan kiri tegak di sisi menghampiri ketiak kanan dan
tangan kanan ke atas berkedudukan bengkok sedikit.(Kekuda rendah)
16. Tangan kiri di bawa ke kiri lurus ke atas, tangan kanan
separuh bulatan dari kanan ke kiri melalui
atas tangan kiri lalu tangan kanan diangkat tinggi ke depan (tapak tangan ke
depan) dan tangan kiri genggaman penumbuk di sisi kisi badan beserta bunyi.(kekuda
rendah)
17. Kedua tangan menepuk peha dan diangkat seperti
berdoa ke atas lalu tangan kiri tegak di sisi menghampiri ketiak kanan ke atas berkedudukan
bengkok sedikit (sambil duduk) lalu terus berdiri dan membuat sembah hormat
pada guru utama.
Langkah Hulubalang
1. Kekuda dengan tangan
kiri mengenggam penumbuk di sisi kiri manakala tapak tangan kanan mengarah
ke kiri di depan pelipat ketiak kiri.
2. Kaki kanan ke melangkah
ke hadapan diikuti tangan kanan menyabit tegak ke hadapan seperti menyabit tegak ke halkum musuh. Kaki kanan di bawa ke tempat asal berkekuda.
3. Kaki kanan ke hadapan
diikuti tangan kanan menumbuk belakang tangan ke kanan. Kaki kanan di bawa ke
tempat asal berkekuda.
4. Kaki kanan ke hadapan
diikuti tangan kanan menumbuk ke depan. Kaki kanan di bawa ke tempat asal berkekuda.
5. Kaki
kanan melibas ke kiri. Kaki kanan di
bawa ke tempat asal berkekuda.
6. Kaki
kiri ke hadapan diikuti tangan kiri menyabit tegak ke hadapan seperti menyabit
tegak ke halkum musuh. Kaki kiri di bawa ke tempat asal berkekuda.
7. Kaki kiri ke hadapan diikuti
tangan kiri menumbuk betakang tangan ke kiri. Kaki kiri di bawa ke
tempat asal berkekuda.
8. Kaki kiri ke hadapan diikuti tangan kiri menumbuk ke depan. Kaki kiri di
bawa ke tempat asal berkekuda.
9. Kaki kiri melibas ke kanan. Kaki kiri di bawa ke tempat asal berkekuda.
Langkah Seri
Sembah Berundur
Bunga
Persembahan Penutup
1. Berdiri dalam keadaan berbaris, sambil
berpakaian lengkap Hulubalang.
2. a. Sembah hormat pembuka tirai -iaitu menyusun kedua tangan merapat sembah
di bawah dagu sambil tunduk hormat
kepada Guru Utama.
b. Salam Pembuka Langkah - tanpa Guru Utama hadir - iaitu menyusun
kedua tangan merapat sembah
disebelah kanan hadapan bahu .
3. Berkekuda sambil kedua tangan menepuk kedua-dua peha lalu tangan
kiri di bawah tangan kanan ke sisi kiri sedikit dengan keadaan seakan-akan menolak ke
hadapan.
4. Tangan kanan menolak ½ moon ke kanan lurus tinggi sedikit dengan
kedudukan tapak tangan kanan menghadap ke kanan, tangan kiri separuh bulatan dari bawah ke dada lalu ditolak
menghampiri tangan kanan.
5. Tangan kanan mengenggam penumbuk lalu dibawa
ke sisi pinggang. Tangan kiri lurus ke kanan dengan kedudukan tapak tangan
menghadap ke kanan.Tangan kanan menumbuk ke kiri sambil berbunyi, tangan kiri
lurus di sisi kiri, penumbuk tangan kanan disisi kanan.
6. Tangan
kanan ½ moon disisi kanan lalu dibawa menghampiri siku tangan kiri.Tangan kiri
menepuk tepi paha kiri lalu kedua tangan buat satu pusingan bunga di
sisi kanan lalu kedua tangan bergerak ke sisi kanan dengan keadaan tangan kiri
lurus ke kiri tangan kanan lurus menhampiri siku tangan kiri / dada.
7. Tangan kiri bergerak
secara ½ moon lalu buat satu pusingan bunga bersama tangan kanan lalu tangan
kiri lurus ke kiri dengan kedudukan tapak tangan kiri hadap ke kiri, tangan
kanan bersedia disisi kanan (jari2 lurus) kaki kanan diangkat.
8. Tangan kiri dibawa lurus
ke hadapan, kaki kanan diturunkan kebelakang kanan, tangan kanan disisi kanan
seperti di no.6. Tangan kanan membuat satu pusingan bunga di sisi kanan lalu
tangan kanan dibawa kedepan menghampiri siku tangan kiri.
9. Kaki kanan dibawa kedepan silang dihadapan kaki kiri lalu duduk
lalu menyusun kedua tangan merapat sembah kehadapan (Salam Guru).
No comments:
Post a Comment