Thursday, 1 January 2015

PROFAIL GURU UTAMA



Ybhg. SDR. ZARIMAN HUZAINI BIN HJ.OTHMAN

GURU UTAMA
PERGURUAN SENI SILAT CEKAK HARIMAU
PENCAK LAKSAMANA MALAYSIA



Pengasas Perguruan Seni Silat Cekak Harimau Pencak Laksamana, Yang Berbahagia Saudara Zariman Huzaini B. Hj. Othman. Bermula di awal persekolahan, beliau amat meminati mempelajari seni mempertahankan diri, dengan dorongan daripada keluarga beliau. Beliau telah menyertai 19 jenis silat yang terkenal serta berjaya menamatkan dalam setiap satu jenis silat yang disertai yang mana lapan daripadanya diperingkat tertinggi, sehingga akhirnya beliau baru dibenarkan menuntut dengan bapa beliau Yang Berbahagia Cikgu Haji Othman bin Md. Zain. Seterusnya beliau telah menuntut dengan guru - guru dan perguruan persilatan Indonesia seperti Silat Harimau Minang,Cimendi Putih,Silat Macan Beringin,Laskar Hitam Majapahit,Cekak Kalo Warisan,Keris Berpamor Kuning,daripada Sulawesi, JawaTengah, Jawa Timur, Jawa Barat, Kalimantan, Palembang,Minangkabau-Padang,Medan dan Acheh. 

Penubuhan – Seni Silat Cekak Harimau Pencak Laksamana

Perguruan Seni Silat Cekak Harimau Pencak Laksamana ditubuhkan sekitar tahun 1984 dan dengan rasminya didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 6 Oktober 2007 dari kesinambungan sejarah persilatan yang diwarisi turun temurun. Kerana minat yang jitu serta sayang terhadap warisan ini agar menular ke pelosok Alam Melayu, maka Yang Berbahagia Guru Utama telah membuka gelanggang.
Perguruan ini memiliki 14 Peringkat utama dan merangkumi kesemua 259 jurus bunga dan buah. diikuti keseluruhannya berjumlah 3,333 pecahan serta kunci  pertahanan dan serangan termasuk sendi kunci. Berikut adalah pencak – pencak yang diperturunkan di dalam Perguruan ini :-


PENCAK

PERINGKAT

JENIS

BILANGAN JURUS / GERAK
DATO’ BEMBAN
PERTAMA
TEMPUR TANPA SENJATA
35
DATO’ DAGANG
KEDUA
MUSUH BERSENJATA
29
DATO’ SAWANG
KETIGA
SENDI SERANG TANPA SENJATA
5
DATO’ KODONG
KEEMPAT
KILAS SERANGAN TENDANGAN
8
DATO’ GAUNG
KELIMA & KELIMA A
BUNGA & SERANG KERIS
34
DATO’ MAHARAJA
KEENAM & KEENAM A
BUNGA & SERANG PARANG
12
HARIMAU BULAN PURNAMA
KETUJUH
BUNGA TEMPUR DUA PARANG
17
PANGLIMA HITAM
KELAPAN
TEMPUR BERPARANG
10
RAJA HELANG
KESEMBILAN & SEMBILAN A
BUNGA KERAMBIT DAN SERANG
25
KALAM LAKSAMANA
KESEPULUH & SEPULUH A
BUNGA & SERANG KAPAK SIAM
23
TUN FATIMAH
KESEBELAS & SEBELAS A
BUNGA & SERANG CINDAI
18
TONGKAT PENAK
KEDUA BELAS & DUA BELAS A
BUNGAI TONGKAT & SERANG
23
ZULFAKAR
KETIGA BELAS & DUA BELAS A
BUNGA & SERANG PEDANG
22
KIJANG EMAS
KEEMPAT BELAS &EMPAT BELAS A
BUNGA & SERANG TOMBAK
21
HJ.OTHMAN PAK NGAH BALIK
KELIMA BELAS
PECAHAN SERANG DAN KUNCI
607
KILAUAN PENDING
KEENAM BELAS
KILASAN BENTENG  KILAUAN
2444



JUMLAH

3,333



Yang Berbahagia Guru Utama telah membuka gelanggang serta memulakan misinya di Kuala Lumpur. Perguruan ini ditukar dengan nama Perguruan Seni Silat Cekak Harimau Pencak Laksamana atas titah perintah ‘Yang Amat Mulia Guru Tua’ pada 13 Januari 2005 bersamaan 2 Zulhijjah 1425 dan dimasyhurkan pada 14 Januari 2005 bersamaan 3 Zulhijjah 1425 dalam satu majlis Permasyhuran Silat dan Pertabalan keilmuan serta Majlis Tahlil. 

No comments:

Post a Comment