Friday, 30 January 2015
Sunday, 18 January 2015
MAJLIS SUMPAH PENDEKAR-18 JANUARI 2015
Assalamualaikum Wr.Wb.
Pada 18 Januari 2015 telah diadakan majlis 'Angkat Sumpah Pendekar' iaitu satu majlis adat sebelum majlis penganugerahan selendang pendekar yang bakal diadakan pada 20-22 Februari 2015 di Teluk Gorek, Mersing, Johor.
Penganugerahan Selendang dan Sijil Pendekar adalah satu majlis pemakaian selendang serta pengiktirafan kepada pesilat yang telah menunjukkan kecemerlangan, kesungguhan dan minat dalam semua aktiviti. Pengiktirafan ini adalah pengiktirafan tertinggi di dalam Persatuan ini bagi menghargai setiap pengorbanan, minat, kesungguhan dan sokongan para pesilat. Mereka yang sentiasa aktif dan bersama di setiap aktiviti yang dijalankan adalah mereka yang layak mendapat pengiktirafan selendang (seperti di bawah:
1. Guru - Selendang Dato Laksamana Muda Panglima Perang
2. Timbalan Guru - Selendang Dato Panglima Besar
3. Naib Guru - Selendang Dato Panglima Hulubalang Laut
4. Guru Muda 1 - Selendang Dato Panglima Maharaja
5. Guru Muda 2 - Selendang Dato Helang Putih
6. Ketua Jurulatih - Selendang Dato Pendekar Penghulu Pencak Harimau
7. Jurulatih Kanan - Selendang Dato Paduka Harimau
8. Jurulatih Muda - Selendang Dato Dagang Mas Merah
Semoga setiap perancangan untuk majlis penganugerahan selendang ini berjalan dengan lancar dan cemerlang. Semoga para pesilat sentiasa terus meningkatkan usaha untuk mencapai dan memperoleh pengiktirafan tertinggi ini.
SELAMAT MAJU JAYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)